KONSEP muzik video (MV) single terbaharu kumpulan Blackpink iaitu Ready For Love mengundang kritikan netizen gara-gara memiliki banyak persamaan dengan Aespa.
Perkara tersebut lantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat yang membandingkan konsep album kedua-duanya.
“Saya bukanlah peminat untuk mana-mana kumpulan, tetapi bukannya ini dilihat terlalu banyak persamaan? Apa ni?
“Kedua-duanya kalau dilihat terlalu banyak persamaan dan sangat serupa. Tiada lain, dasarnya mereka ini meniru dan memplagiat antara satu sama lain,” luah netizen dalam sebuah laman web sembang atas talian.
Meskipun heboh diperkatakan hingga kini hingga mengundang kekecewaan ramai, namun kedua-dua agensi pengurusan iaitu YG Entertainment yang mewakili Blackpink dan SM Entertainment (Aespa) tidak memberikan sebarang reaksi.