fbpx

Kebakaran hutan di Danau Toba dikawal pada hari ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas menghadapi kesukaran untuk memadamkan api kerana lokasi kebakaran adalah di kawasan berbukit. - Wahana News

JAKARTA – Satu kebakaran hutan merangkumi tanah seluas 85 hektar ‘menghanguskan’ sebuah kawasan berbukit di Danau Toba, wilayah Sumatera Utara, lapor laman berita Merdeka kelmarin. 

Kebakaran itu dilaporkan berlaku sejak Ahad lalu sebelum berjaya dipadamkan kelmarin.

Ketua Pejabat Perhutanan Wilayah Sumatera Utara, Herianto memaklumkan bahawa tanah hutan itu terbakar di beberapa kawasan. 

Sekitar 45 hektar hutan terbakar di kawasan Limbong, manakala 40 hektar lagi di kawasan Tele. 

“Beberapa kawasan kebakaran berjaya dipadamkan. Secara keseluruhan, ia berjaya dipadamkan dan tidak membimbangkan. Saya mendapat maklumat bahawa kebakaran berjaya ditangani pada waktu subuh,” katanya. 

Setakat kelmarin, petugas di lokasi kebakaran sedang bertungkus-lumus untuk mengelakkan saki-baki api daripada merebak ke kawasan lain.

“Disebabkan sekarang bukan musim hujan, situasi ini lebih merumitkan,” kata Herianto.

Tambah beliau, petugas menghadapi kesukaran untuk memadamkan api kerana lokasi kebakaran adalah di kawasan berbukit. Ia diburukkan lagi dengan kekangan penggunaan alat untuk memadamkan api. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI