fbpx

KDN rujuk KPN kes pindah anggota bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kiri) dan Datuk Seri Rina Harun ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Pemerdagangan Orang Sedunia.

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendapatkan maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan isu menempatkan sembilan anggota polis bermasalah ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sedang merujuk perkara itu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk maklumat lanjut.

“Ia sudah diumumkan tetapi belum buat kepastian. Saya sudah bertanya kepada Ketua Polis Negara mengenai perkara ini untuk melihat semuanya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pemerdagangan Orang Sedunia yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di Rumah Perlindungan Wanita Zon Tengah, Sri Damansara hari ini.

Terdahulu, kerajaan Sabah memandang serius berhubung isu pemindahan anggota polis bermasalah ke negeri itu tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Kosmo! pada 30 Julai lalu melaporkan, sembilan anggota polis berpangkat Konstabel hingga Sub Inspektor disiasat selepas disyaki terlibat dalam kes pemerasan seorang ahli perniagaan berkaitan dadah di Gombak.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penafian dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam berkenaan ketua pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai kanan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Hamzah berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung perkara itu.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Imigresen untuk melakukan siasatan lanjut, mendalam dan terperinci agar tiada mana-mana individu akan merosakkan imej sesiapa,” ujarnya.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.40 hingga 9.40 pagi semalam, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA dimarahi oleh pegawai tinggi kerajaan di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaannya di bilik berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI