fbpx

Izara Aishah nak mati di Madinah? Netizen naik mual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMPI Izara, dia mahu menghembuskan nafas terakhir di Madinah selain mahu mendalami ilmu agama.

PETALING JAYA – Sekali lagi pelakon cantik Izara Aishah menjadi perhatian netizen selepas meluahkan hasrat untuk menghembuskan nafas terakhirnya di Madinah andai diizinkan Tuhan.

Menerusi perkongsiannya dalam laman sosial, Izara mengakui dia mempunyai banyak impian lain termasuklah, menetap di Tanah Suci Mekah selain mendalami ilmu agama.

Bagaimanapun, hasrat murni pelakon Ombak Rindu The Series itu dilihat menjadi perbalahan dan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen.

“Mungkin dia ingat mati di Madinah masuk syurga terus.

“Kalau mati di Malaysia ke di Kaherah ke, mungkin susah sikit masuk syurga.

“Apa niat sebenar awak mahu meninggal di sana? Pasti syurga ke? Meninggallah dekat mana-mana pun, amalan cukup pasti kamu akan dikenang,” komen netizen.

Meskipun ramai yang memberikan komen berbaur negatif, namun ada juga yang mendoakan niat dan impian Izara akan termakbul suatu hari nanti.

Baru-baru ini, pelakon yang mula berhijab sejak tahun lalu itu turut menerima kecaman hebat dan dilabel ‘bodoh’ susulan meninggalkan komen dalam sebuah video memaparkan seorang suami memarahi seorang lelaki pertengahan usia kerana menegur cara berpakaian isterinya.

Dalam komennya, pelakon berusia 30 itu memberitahu teguran perlu dilakukan dengan cara yang beradab seperti memaklumkan secara privasi dan perlu dilakukan dengan niat untuk menginsafkan, bukannya mengaibkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI