NAMPAKNYA, keputusan Neelofa untuk tidak lagi mendedahkan wajah anaknya. Muhammad Bilal masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalanga netizen sehingga hari ini.
“Dia bersalin semata-mata nak buat kandungan media sosial saja?” ciap seorang netizen sebelum itu kembali meledak dan mencetuskan perbalahan ramai.
Bagaimanapun, tetap ada yang mempertahankan Neelofa. Katanya, orang ramai tidak sepatut marahkan bekas pengacara MeleTOP itu kerana dia mempunyai hak sebagai seorang ibu.
“Saya tak faham mengapa Neelofa dibenci hanya kerana menutup muka anaknya. Itu anak dia dan suka hatilah nak buat apa sahaja. Sesetengah orang memang ada penyakit hati,” ciap seorang wanita.
Betulnya juga apa yang dikatakan oleh wanita itu, Neelofa berhak tentukan apa sahaja demi anaknya.
Sudah-sudahlah bertegang urat leher dengan hal anak orang.
MIZZ LAHAR: Mungkin jika anak selebriti lain orang tidak hiraukan sangat tetapi kerana Neelofa, ramai pula yang menyibuk.