fbpx

Hari pertama MAHA 2022 meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana kehadiran pengunjung meriah pada hari pertama penganjuran MAHA 2022 di MAEPS, Serdang. /FOTO FARIZ RUSADIO

SERDANG – Hujan di sebelah pagi tidak menghalang pengunjung untuk memeriahkan hari pertama penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kenderaan pengunjung menghala ke MAEPS tidak putus-putus sejak pukul 8 pagi malah, berlaku kesesakan ditambah keadaan cuaca ketika itu.

Seterusnya, kehadiran orang ramai di tapak lokasi semakin bertambah pada sebelah tengah hari dan lalu lintas juga terkawal dengan bantuan petugas di situ.

Pengunjung, Abdul Majid Jamaludin, 63, berkata, dia tiba bersama isteri dan anak dari Puchong pukul 10.30 pagi untuk membeli anak pokok untuk ditanam di dusun miliknya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Antara tarikan yang terdapat di MAHA 2022 yang sedang berlangsung di MAEPS mulai hari ini.

“Boleh dikatakan MAHA adalah acara wajib kami kunjungi untuk membeli anak pokok. Jadi memang sangat dinanti-nantikan MAHA kali ini kerana sudah lama kami tidak ke sini.

“Tidak sangka pula, hari pertama sudah ramai pengunjung yang datang,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

MAHA yang juga pameran dwitahunan kali terakhir diadakan pada 2018 serta akan berlangsung selama 11 hari di MAEPS bermula hari ini sehingga 14 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI