fbpx

Gabriel Jesus pemain paling bernilai buat Arsenal – Emile Smith Rowe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS (tengah) disifatkan sebagai bintang baharu luar biasa dan pembelian paling berbaloi pernah dilakukan Arsenal. – AFP

LONDON – Emile Smith Rowe menyifatkan bintang baharu Arsenal, Gabriel Jesus sebagai individu luar biasa dan menyifatkan ia sebagai pembelian pa­ling berbaloi pernah dilakukan kelab itu.

Kehadiran bintang dari Brazil itu meredakan sedikit tekanan pengurus pasukan, Mikel Arteta untuk segera mencari pengganti Alexandre Lacazette selepas melihat persembahan hebat Jesus apabila meledak tujuh gol untuk membantu Arsenal kekal tanpa kalah pada aksi pramusim.

“Ada juga pemain baharu kembali dari tempoh pinjaman dan saya tahu betapa bagus­nya mereka. Bagi saya, ia bukan sesuatu mengejutkan untuk melihat mereka mampu beraksi baik.

“Namun, daripada aspek pemain baharu, saya fikir Jesus juga sedar betapa bagusnya dia ketika di depan gol. Sudah pasti peluang menentangnya ketika bersama Manchester City adalah situasi berbeza dengan keadaan sekarang.

“Apabila dapat melihatnya berlatih, saya beritahu kepada rakan-rakan lain betapa bagus­nya Jesus. Semua orang dalam pasukan juga teruja untuk mengharungi musim baharu, begitu juga dengan penyokong,” katanya.

Sebelum ini, Jesus melengkapkan kempen pramusim dengan meledak hatrik ketika membantu Arsenal membelasah Sevilla 6-0, malah Arteta juga menyifatkan kehadiran penye­rang itu menoktahkan penca­rian The Gunners untuk mengisi posisi penyerang sejati.

“Kamu pasti mengharapkan semuanya dapat berjalan se­perti diharapkan dan pemain itu sendiri perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI