fbpx

Doktor bidas penjual saran wanita hamil putihkan celah paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat.

‘Kalau bawah (Miss V) kita longgar, suami akan lari, kalau wanita hamil kena pastikan celah peha putih, nanti bidan takut nak sambut bayi, ketiak hitam punca rumah tangga runtuh’.

Demikian antara ayat ‘perangkap’ yang sering digunakan peniaga atau penjual bagi melariskan jualan mereka.

Menurut Dr. Amirah, kandungan estrogen dalam badan yang sememangnya akan menggelapkan kulit secara semula jadi terutama pada bahagian celah paha, ketiak dan beberapa bahagian sensitif lain.

“Estrogen memang akan menggelapkan warna kulit, penjual produk bukan ada dalam dewan bersalin.

“Perubahan itu adalah normal, bahkan bahagian ‘bawah’ yang terlalu putih pula berisiko menyukarkan prosedur menjahit selepas bersalin,” katanya dalam satu hantaran di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI