fbpx

Bau busuk bongkar penemuan mayat reput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui dalam keadaan sudah berbau di sebuah rumah di Tambang Badak, Alor Setar pada pagi ini.

ALOR SETAR – Bau busuk dihidu jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Meranti, Tambang Badak di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemui kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang penghuni di kawasan perumahan tersebut terhidu bau busuk ketika dia pulang dari tempat kerjanya.

Katanya, dia kemudian cuba menghubungi mangsa, namun tiada jawapan dan seterusnya menghubungi talian kecemasan sebelum pasukan bomba membantu membuka pintu rumah tersebut.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan mayatnya sudah berbau dan mereput,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah lain dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI