fbpx

“Tengku Zafrul calon MB Selangor, itu tunggulah” – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar

SHAH ALAM – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar masih berteka-teki sama ada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz adalah calon Menteri Besar Selangor.

Noh berkata, pengumuman mengenai siapa calon Menteri Besar akan dilakukan selepas selesai memuktamadkan calon-calon BN yang akan bertanding di negeri ini.

“Itu tunggu dulu disebabkan selalu sistem calon UMNO adalah mengikut perlembagaan. Cadangan akan dibawa dari Bahagian sebelum ke Pengerusi BN negeri dan seterusnya Majlis Presiden.

“Akhirnya, Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) akan menentukan dan kita hanya boleh mencadangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program pemantapan Peniaga dan Penjaja Kecil 2022, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menyatakan pelantikan Tengku Zafrul sebagai Bendahari BN Selangor menjadikannya antara calon MB Selangor daripada BN negeri ini.

Jelas Noh, beliau meminta ahli-ahli BN untuk terus bekerja keras dan tidak memikirkan menjadi calon.

“Jangan fikir jadi calon sebaliknya bekerja untuk parti dengan memastikan kemenangan walau siapapun calon,” ujarnya.

Mengulas mengenai pelantikan Tengku Zafrul sebagai Bendahari BN memandangkan Menteri Kewangan itu rapat dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Noh menegaskan pelantikan itu wajar kerana Tengku Zafrul adalah ahli UMNO.

“Dia BN, saya pengerusi BN dan bincang dengan presiden. (Lagipun) dia (Tengku Zafrul) adalah ahli UMNO.

“Muhyiddin Bersatu, Tengku Zafrul UMNO dan itu saya lantik jadi Bendahari BN Selangor. Kalau dia ( Tengku Zafrul) ahli Bersatu, tidak bolehlah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI