fbpx

Dia dahlah bertongkat temankan saya – Sissy Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISSY IMAN

PETALING JAYA – “Kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih elok diam”.

Itu amaran penyanyi juga pengacara popular, Sissy Imann selepas berang selepas dituduh netizen tidak mendapat tawaran kerja, sebaliknya menghabiskjan masa keluar bercuti di London baru-baru ini.

Lebih mengguris hati, Sissy atau nama lengkapnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 26, kesal apabila tuduhan tersebut turut dikaitkan dengan bapanya yang bertindak sebagai pengurus sehingga mencetuskan prasangka seolah-olah lelaki itu tidak menjalankan kerjanya dengan baik.

“Ada netizen tanya terus kepada ayahanda (panggilan bapanya) saya lama-lama dekat London sebab tidak ada job (tawaran kerja) ke? Soalan itu sedikit sebanyak mengganggu perasaan saya.

“Sebab orang mesti akan fikir ayahanda saya tidak buat kerja sebab antara punca seseorang artis itu tidak ada tawaran kerja disebabkan pengurusnya. Saya pula diuruskan oleh bapa sendiri,” katanya.

LUAHAN Sissy Iman dalam Instagram.

Ujar penyanyi berusia 26 tahun itu lagi, tuduhan sebegitu sangat menyentuh perasaannya sebagai anak. Dia berasa terkilan dan kasihan apabila bapanya terpaksa menerima  tuduhan tidak berasas sebegitu rupa daripada netizen tidak tahu hujung pangkal.

“Jadi sampai hati ke cakap macam tu dekat ayah saya? Dia dahlah bertongkat teman saya ke sana ke sini. Baik diamlah kalau tidak ada benda elok nak cakap,” katanya.

Dalam pada itu, Sissy mendakwa dirinya masih mendapat banyak tawaran kerja namun terpaksa menolaknya secara baik kerana ingin bercuti dan berehat.

“Pertama sekali London merupakan percutian saya yang sudah lama tertangguh. Jadi saya mengutamakan perkara itu terlebih dahulu.

“Saya perlukan waktu untuk berehat bagi memulihkan semula tenaga saya. Jadi apa-apa pekerjaan yang datang dalam tempoh saya berada di sini (London), saya akan tolak secara baik,” katanya.

Ujar Sissy lagi, walaupun ketika sedang bercuti, dia masih perlu berkongsi beberapa konten dalam media sosial melibatkan komitmen dengan pihak tertentu.

Bahkan, Sissy juga memberitahu keberadaannya di London juga bagi proses rakaman album baharu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

“Saya juga ke London untuk merakamkan album saya di sana. Itu bukan kerja ke? Sebulan lalu saya memperuntukkan masa dengan melakukan persiapan untuk enam buah lagu.

“Bayangkan sepatutnya saya menikmati percutian, tetapi kena kerja juga,” katanya.

Sissy telah menghabiskan masa selama dua minggu untuk bercuti ke London dan juga Paris. Ketika di London, Sissy sempat melakukan rakaman lagu di studio The Abbey Road Studios dan menjadi artis Malaysia pertama yang merakamkan album di studio tersebut.

Malah, Sissy juga telah menghadiri konsert penyanyi terkenal, Michael Buble yang diadakan di bandar Hatfield, London. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI