fbpx

Segera pulihkan kemusnahan hutan semula jadi Gunung Inas – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah, kementerian dan jabatan yang terlibat mengambil tindakan segera bagi memulihkan kemusnahan hutan semula jadi dan kawasan tadahan air yang berlaku di Gunung Inas, Baling.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, tindakan pantas perlu diambil agar ancaman banjir lumpur yang melibatkan beberapa buah kampung berhampiran tidak berlarutan dan memusnahkan harta benda penduduk dengan lebih banyak pada masa akan datang.

Menurutnya, CAP kesal kejadian yang berlaku pada 4 Julai 2022 lalu itu masih berlarutan sehingga sekarang tanpa tindakan berkesan diambil meskipun berbagai pihak termasuk Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turun padang meninjau serta membantu mangsa terlibat.

“Baru-baru ini ( 28 Julai) kejadian serupa berulang lagi dan menimbulkan rasa cemas dan bimbang dalam kalangan penduduk di sini (Baling) tentang keselamatan mereka.

“CAP percaya jika punca masalah ini tidak ditangani segera bukan saja kediaman, harta benda dan tanah pertanian penduduk akan musnah malah kehilangan nyawa juga mungkin terjadi lagi jika tindakan berkesan tidak diambil pihak berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pihaknya berharap tindakan bersepadu dapat dilaksanakan oleh semua pihak kerajaan yang terlibat ke atas punca utama kejadian tersebut disamping menghentikan segera projek penanaman durian Musang King di Gunung Inas.

“Jabatan Hutan hendaklah segera menanam semula spesies pokok hutan yang sesuai di kawasan terbabit dan seluruh kawasan hutan di Gunung Inas perlu diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK).

“Ini kerana demi menjaga alam sekitar dan menjamin kesejahteraan hidup penduduk tempatan yang sebelum ini bergantung hidup kepada sumber bekalan air bersih dari gunung tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI