fbpx

Polis tahan 11 pekerja asing merusuh guna senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KULAI – Polis menahan 11 suspek dipercayai terlibat insiden rusuhan menggunakan senjata di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3 pada 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow memberitahu, kesemua suspek yang berusia 22 hingga 33 tahun ditahan dua hari selepas kejadian tersebut.

Menurut beliau, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula tarikh ditangkap sehingga 4 Ogos ini.

“Polis menerima aduan orang awam yang memaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan sekumpulan warga asing. Seorang daripada mereka mengalami kecederaan akibat ditikam di belakang badan.

“Serbuan dijalankan bermula pukul 12.05 tengah malam sehingga pukul 2 pagi membawa penahanan 11 suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sekumpulan individu bergaduh dengan seorang daripada mereka cedera di belakang badan.

Polis merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan. Pemuda berusia 27 tahun yang cedera kini stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 017-7078577.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI