fbpx

‘Mukbang’ di media sosial, beri pengaruh buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Kandungan ‘mukbang’ di media sosial boleh memberi pengaruh tidak elok kepada orang ramai sekali gus menjejaskan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Pengamal perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata, antara masalah mental berkait tabiat atau amalan makan seperti binge eating disorder, bulimia serta pica (makan benda yang bukan makanan).

“Di klinik, saya banyak lihat kes gastritis, gastroesofageal reflux, bulimia dan sebagainya akibat terpengaruh dengan ‘mukbang’ yang ditonton di media sosial.

“Kandungan ‘mukbang’ ini boleh menjadi mudarat kepada pembina kandungan dan penonton apabila mengandungi unsur-unsur iaitu kuantiti terlalu besar, pedas dan manis ekstrem, makanan tidak sihat, makanan terlarang, cara makan berbahaya, tiada adab makan dan tidak menghormati makanan,” katanya pada hantaran media sosial.

Ujarnya lagi, Tinjauan Kesihatan dan Morbitidi Kebangsaan 2017 mendapati trend makanan di media sosial (37.9 peratus) dan televisyen (36.7 peratus) mempengaruhi corak pemakanan remaja berusia antara 10 hingga 17 tahun.

“Oleh itu, amat penting untuk masa depan dengan memastikan kandungan pemakanan di media sosial tidak memudaratkan kesihatan.

“Tidak salah membuat kandungan ‘mukbang’, tapi biarlah ada adab dan batas agar tidak mendatangkan mudarat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI