fbpx

Mangsa pesawat terhempas dipindahkan ke hospital swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat yang terhempas di Jalan Dr. Nazrin Shah- Sungai Rokam di Ipoh kelmarin.

IPOH – Ketua jurulatih penerbangan yang parah selepas terbabit nahas pesawat terhempas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah dekat Medan Gopeng di sini kelmarin, telah dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Damansara semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dipindahkan ke hospital tersebut atas permintaan keluarga.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan difahamkan dia akan menjalani pembedahan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu, jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, maut, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri parah.

Muhammad Din Fikri yang juga ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pesawat PIPER 28 yang terhempas itu berlepas dari Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI