fbpx

Juventus sedia beri peluang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY sudah diberitahu bahawa dia tidak berada dalam perancangan Xavi, namun mahu terus kekal di Camp Nou untuk menghormati kontraknya. – AFP

TURIN – Kelab gergasi Serie A, Juventus bersedia untuk memborong pemain-pemain yang terpinggir daripada pasukan Barcelona seperti Memphis Depay dan Miralem Pjanic sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September depan.

Difahamkan, Depay yang ber­aksi di posisi serangan tidak berada dalam perancangan pengendali The Catalans, Xavi Hernandez selepas pasukan berjaya menandatangani Robert Lewandowski dan Raphinha bulan lalu.

Namun, Depay yang turut mendapat tawaran Manchester United dilaporkan tidak mahu untuk angkat kaki dari Camp Nou kerana mahu menghormati kontraknya yang bakal berakhir pada penghujung musim depan.

Sementara itu, Pjanic yang dipinjamkan ke kelab Besiktas pada musim lalu pula dilaporkan bersedia untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Barcelona selain tidak mempunyai masalah untuk memotong gaji yang diterimanya ketika ini.

Malah, pemain antarabangsa Bosnia juga telah mempamerkan prestasi positif pada kempen pramusim di Amerika Syarikat (AS) bulan lepas sehingga berjaya memikat hati Xavi untuk mengemudi jentera tengah.

Juventus yang dikendalikan oleh Massimiliano Allegri pula dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani Pjanic yang juga bekas pemain kelab itu sebelum berhijrah ke Barcelona pada tahun 2020.

Depay turut menjadi pi­lihan Allegri untuk memberi pilihan di jentera serangan selepas pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak menandatangani Alvaro Morata yang beraksi secara pinjaman musim lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN