fbpx

Fernando Alonso sah sertai Aston Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vettel dalam Aston Martin selepas pelumba itu membuat keputusan untuk bersara. – AFP

LONDON – Usia tidak menjadi penghalang kepada juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso untuk meneruskan perjuangannya dalam perlumbaan tersebut selepas sah menyertai pasukan Aston Martin musim depan.

Pelumba berusia 41 tahun dari Sepanyol yang beraksi bersama pasukan Alpine sejak musim 2021 itu akan mengambil alih tugas Sebastian Vettel selepas pelumba Jerman tersebut membuat keputusan untuk bersara pada penghujung musim ini.

Selepas sah menandatangani kontrak bersama Aston Martin, Alonso mengakui, dia masih dahagakan kemenangan dan tekad untuk bersaing di kelompok hadapan.

“Cita-cita saya adalah ingin kembali memberi saingan di kelompok hadapan. Aston Martin meletakkan komitmen mereka untuk muncul juara. Sebab itu mereka adalah salah satu pasukan paling menarik dalam F1 ketika ini.

“Tiada siapa dalam perlumbaan F1 hari ini menunjukkan visi yang jelas dan komitmen untuk bergelar juara. Sebab itu ia menjadi perkara menarik untuk saya.

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada organisasi yang komited untuk belajar, memba­ngun dan berjaya. Justeru, saya berhasrat untuk menang sekali lagi dalam perlumbaan ini,” kata Alonso.

Pada saat ini, Aston Martin dilihat serius untuk menjadi pa­sukan terbaik dalam F1 selepas membina kilang baharu yang canggih di Silverstone termasuk pembinaan terowong angin.

Pemilik pasukan dan pengerusi eksekutif Aston Martin, Lawrence Stroll berkata, mereka berusaha untuk mengumpulkan orang yang terbaik bagi membentuk pasukan berjaya.

“F1 adalah perlumbaan yang sangat kompetitif dan pastinya persiapan itu kini mula dibentuk di Silverstone. Oleh itu, bagi kami ia adalah wajar untuk menjemput Alonso untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan pasukan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI