fbpx

Dikecam ‘bodoh’ isu komen adab menegur, ini jawapan Izara Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZARA Aishah

PETALING JAYA – Masih belum berkesudahan dengan isu teguran tiada adab, aktres Izara Aishah tampil membidas tuduhan seorang individu yang menggelarnya sebagai bodoh hanya kerana bersuara mengenai teguran sewajarnya dalam konteks Islam yang tular baru-baru ini.

Tidak berdiam diri digelar sebegitu, pelakon sitkom Oh My English itu menjelaskan, menegur bukanlah satu kesalahan tetapi tidak semua tahu adab atau cara untuk melakukannya dengan baik.

“Tiada sesiapa pun tak boleh menegur. Tidak menutup aurat itu satu dunia tahu salah dan dia pun telah dihina sekali oleh individu seperti anda.

“Adab menegur tidak ramai tahu. Jadi, pergi belajar. Jangan malu menjadi bodoh.

“Bodoh itu tidak akan kekal sekiranya ada rasa sentiasa nak belajar,” balasnya.

TANGKAP layar ciapan balas Izara terhadap individu yang menggelarnya ‘bodoh’.

Terdahulu, menerusi satu ciapan dalam Twitter, Izara dilabel sebagai individu tidak cerdik kerana menggunakan konteks agama berkaitan cara teguran berbanding isu menutup aurat.

“Boleh tahan bodoh juga Izara ini. Bab tegur reti pula guna hukum Islam.

“Tidak menutup aurat tak guna pula hukum Islam,” ciap seorang individu.

Sebelum ini, pelakon yang mula berhijab sejak tahun lalu itu menerima kecaman hebat susulan meninggalkan komen dalam sebuah video memaparkan seorang suami memarahi seorang lelaki pertengahan usia kerana menegur cara berpakaian isterinya.

Dalam komennya, Izara memberitahu teguran perlu dilakukan dengan cara yang beradab seperti memaklumkan secara privasi.

Katanya, menegur juga perlu dilakukan dengan niat untuk menginsafkan individu lain, bukannya menerusi cara mengaibkan- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI