fbpx

Bulu mata Agnez Mo merimaskan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGNEZ MO

PENYANYI antarabangsa Agnez Mo yang dahulunya dikenali dengan nama pentas, Agnes Monica tidak teragak-agak membalas kata-kata seorang peminat tentang bulu mata palsu yang dipakainya.

Menerusi satu soalan yang diajukan peminat dalam sesi soal jawab Instagram, ada yang secara lantang menegur bulu mata palsu yang dipakai Agnez tidak cantik.

Penampilan Agnez juga dikatakan merimaskan.

“Saya yang berasa rimas melihat bulu mata palsu yang awak pakai. Lebih baik guna bulu mata asli atau langsung tidak payah pakai bulu mata palsu,” kata netizen tersebut.

Kata-kata itu kemudiannya dibalas ‘lembut’ oleh penyanyi berusia 36 tahun itu apabila memohon maaf kerana bulu mata palsunya telah membuatkan peminatnya berasa rimas.

Pada masa sama, pelantun Matahari itu tidak membiarkan netizen tersebut ‘menang’ begitu sahaja.

“Saya minta maaf jika bulu mata palsu ini membuatkan anda rimas. Tapi saya lagi rimas bila orang lain masuk campur urusan saya. Kata-kata awak telah mengganggu saya, lebih daripada bulu mata palsu ini,” sindir Agnez secara halus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI