fbpx

Bercinta okey, kahwin tak – Sandara Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDARA PARK

SEJAK kebelakangan ini, penyanyi Sandara Park atau Dara dilihat semakin terbuka bercakap tentang isi hatinya kepada umum dalam beberapa buah program televisyen.

Bagaimanapun buat pertama kalinya, bekas anggota 2NE1 itu membuat pendedahan mengejut apabila mengakui dia langsung tidak terlintas untuk berkahwin.

Pengakuan tersebut didedahkan Dara ketika mengadili seorang peserta dalam program The Masked. Peserta itu berkata, dia sudah membantu menjadi penasihat kepada lebih 1,000 pasangan.

Memberi reaksi terhadap kenyataan peserta itu, Dara secara selamba berkata, meskipun tiada niat untuk berkahwin tetapi dia sangat suka mendapatkan tip cinta.

Kenyataan Dara membuatkan juri lain tidak dapat menahan ketawa dan mengusiknya dengan berkata, dia sangat bersemangat bercakap soal pasangan walhal pada awalnya mengakui enggan berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI