fbpx

Beli 2 ekor ayam pada harga seekor, 300 ekor ayam subsidi licin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauziah (lima dari kiri) melancarkan Program Jualan Terus dari Ladang (JTDL) Keluarga Malaysia di Peladang Outlet Bandar Penawar.

KOTA TINGGI – Tidak sampai setengah jam, sebanyak 300 ekor ayam habis dijual selepas diserbu masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar di sini sempena Program Jualan Terus dari Ladang (JTDL) Keluarga Malaysia, di Peladang Outlet Bandar Penawar semalam.

Pengunjung berpeluang mendapat subsidi sebanyak RM5 bagi setiap pembelian ayam selain dapat menikmati penurunan harga telur daripada RM13 kepada RM10 sekotak dan tawaran minyak peket pada harga RM2.50.

Bagi seorang pengunjung, Rosyati Hashim, 57 dari Felda Sungai Mas berkata, dia dapat membeli dua ekor ayam pada harga seekor ayam.

Katanya selain itu dia amat gembira kerana bekalan minyak peket amat mudah diperoleh melalui program itu.

“Memang dapat jimat banyak. Dalam keadaan sekarang dengan harga barangan yang naik mendadak bila dianjurkan program seperti ini memang amat melegakan.

“Minyak masak peket di mana-mana pun sekarang susah hendak dapat tapi di sini banyak bekalannya. Telur, barang-barang lain yang dijual seperti buah-buahan juga amat berbaloi jika dibeli pada program ini.

“Kami harap program seperti ini diadakan dengan lebih kerap kerana ia benar-benar dapat meringankan beban rakyat dengan harga ditawarkan,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, program anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kota Tinggi itu dirasmikan oleh ADUN Penawar, Fauziah Misri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI