fbpx

APMM Pulau Pinang rampas 23 set bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 23 set bubu naga dirampas di dua lokasi berasingan oleh APMM Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas sebanyak 23 set bubu naga di dua lokasi berasingan di kedudukan 1.7 batu nautika barat Penaga, dekat sini semalam.

Rampasan tersebut dilakukan menerusi rutin rondaan Ops Pertiwi dengan bot ronda Maritim negeri sekitar pukul 2.03 hingga 3.05 petang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan pelampung penanda mencurigakan di dua lokasi kawasan terbabit dan berjaya menemui 23 set bubu naga yang dipasang individu tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga tersebut dirampas dengan anggaran nilai RM2,760 dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI