fbpx

Ainul Mardhiah buka mata sekejap, bapa yakin anaknya kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dikejarkan ke unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) semalam.

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan kini dilihat mampu buka mata walaupun hanya seketika.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, anaknya masih dalam keadaan kritikal dan kesihatannya lebih baik daripada semalam.

“Doktor dan pasukan perubatannya masih perlu berjaga-jaga dan bersedia jika serangan bertambah buruk.

“Untuk masa sekarang, usaha doktor dan pasukan perubatannya yang merawat semalam dapat turunkan beberapa bacaan yang kritikal semalam. Alhamdulillah syukur. Terima kasih doktor,” katanya dalam sebuah hantaran di akaun Facebook miliknya.

Mengulas lanjut, Safiuddin menyatakan Ainul masih direhatkan dan masih perlu bantuan ventilator kerana dia masih dirawat di unit jagaan rapi.

“Terima kasih tak terhingga buat semua yang sentiasa mendoakan. Kami sekeluarga sangat menghargainya.

“Tadi nampak Ainul buka mata sekejap, Ainul ni kuat betul, dalam keadaan separa sedar dia masih ada tenaga melawan, Ainul memang seorang ‘fighter’, semangat juangnya tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) bagi mendapatkan rawatan semalam.

Keadaan kanak-kanak berusia 3 tahun itu juga berada dalam keadaan yang stabil di hospital dan sudah boleh diberikan susu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI