fbpx

Piala AFF B-16: Skuad negara mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faris Danish muncul wira skuad B-16 kebangsaan selepas meledak dua gol untuk menewaskan Kemboja 3-0 pada aksi Kumpulan C Piala AFF B-16 sebentar tadi.

PETALING JAYA – Skuad bawah 16 tahun (B-16) negara memulakan kempen Piala AFF B-16 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 3-0 pada pembukaan Kumpulan C sebentar tadi.

Pada saingan di Stadium Maguwoharjo, Yogyakarta, Indonesia itu, skuad kendalian Osmera Omaro tidak menunggu lama untuk mendahului hasil jaringan Arami Wafiy Zakimi pada minit ke-6.

Rentak pasukan remaja Harimau Malaya semakin tersusun pada babak kedua apabila pemain pertahanan, Faris Danish Asrul bijak untuk menyudahkan peluang untuk melebarkan kedudukan pada minit ke-59.

Faris Danish sekali lagi membuktikan ketajaman dengan jaringan kedua peribadi pada minit ke-78 sekali gus meletakkan skuad B-16 negara selesa mendahului 3-0 dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Sebagai rekod, Malaysia yang hadir dengan status juara bertahan selepas mendominasi edisi Piala AFF edisi 2019 dengan menewaskan Thailand 2-1 di pentas final.

Selepas ini, skuad negara akan mengharungi aksi kedua Kumpulan C menentang Myanmar di venue yang sama pada Jumaat ini.

Pasukan Myanmar turut berjaya mengutip tiga mata selepas menewaskan Australia 3-2 pada perlawanan petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI