fbpx

Pesawat terhempas: Bangkai pesawat selesai dialihkan dari lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai pesawat tersebut selesai dialihkan dari Jalan Sultan Dr Nazrin Shah, Ipoh sekitar pukul 3.30 petang hari ini.

IPOH – Bangkai pesawat ringan jenis Piper-28 yang terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah dekat Medan Gopeng di sini semalam telah dialihkan dari lokasi kejadian hari ini.

Operasi mengalihkan pesawat tersebut bermula pukul 2 petang menggunakan kren dan lori yang mana kerja-kerja pengalihan berakhir sekitar pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan bangkai pesawat itu telah pun dibawa keluar dari lokasi nahas bagi tujuan siasatan.

“Serpihan dan bahagian pesawat itu dihantar ke hangar Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, BATS dalam kenyataannya berkata, krew penerbangan pesawat ringan yang terhempas itu sempat melaporkan kecemasan pada pukul 8.07 malam sebelum terputus hubungan.

Menurut BATS, enjin pesawat ringan berkenaan dihidupkan pada pukul 7.50 malam sebelum berlepas dari landasan empat, 10 minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI