fbpx

Perhilitan ‘buru’ pemburu haram di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanduk antara haiwan yang sering diburu pemburu haram. - AFP

KOTA BHARU – Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesan sebanyak lima kes kegiatan pemburu ha­ram melibatkan spesies mamalia iaitu kijang, babi hutan, pelbagai spesies burung tempatan dan eksotik dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, kes tersebut menunjukkan pengurangan berbanding sebanyak 11 kes melibatkan kegiatan pemburu haram sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati, lokasi kegiatan itu dilakukan di sekitar kampung dan kawasan antara sempadan Malaysia-Thailand.

“Kegiatan memburu haiwan liar dijalankan sepanjang masa tanpa mengira musim. Keba­nyakan pemburu melakukan kegiatan mereka pada waktu cuti umum dan perayaan memandang­kan permintaan terhadap hidupan liar bertambah.

“Berdasarkan data pada 2020, sebanyak 17 kes memburu secara haram dikesan melibatkan beberapa lokasi di sempadan negara, rumah kongsi yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan lombong,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Mohamad Hafid berkata, pelbagai spesies mamalia hidup termasuk spesies burung tempatan dan eksotik dikesan dalam kegiatan haram tersebut.

Katanya, semua kes yang dikesan itu menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bermula pada 2019 sehingga kini dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Malaysia, Perhilitan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan.

Katanya, OBK itu dijalankan bagi meningkatkan integriti habitat semula jadi hidupan liar dan membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar dan jenayah hidupan liar lain di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI