fbpx

Penceramah mengaku tidak salah ugut, cederakan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN dipercayai membawa Zamri yang cuba mengelak daripada media selepas dituduh di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan dan mengugut seorang wanita dalam kejadian pada bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md. Ali.

Bagi pertuduhan pertama, Zamri Vinoth yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif One Center Malaysia Perlis didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada wanita berusia 38 tahun itu.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Taman Melati Indah, Beseri dekat Padang Besar pada pukul 5 petang, 14 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut untuk membunuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di lokasi serta masa dan tarikh yang sama.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI