ENTAH ingin cemburu atau berasa bimbang. Demikian perasaan bercampur baur peminat terhadap penyanyi Winter hanya disebabkan satu hal iaitu peluh.
Tidak kira selama mana dan betapa bertenaganya persembahan yang dijayakannya, penyanyi itu langsung tidak berpeluh, tidak seperti kelaziman bagi mana-mana individu yang melakukan sesuatu aktiviti menggunakan tenaga.
Ketika orang lain kelihatan sedikit kusut dan comot kerana berpeluh selepas membuat persembahan, lain kisahnya dengan Winter.
Contohnya ketika mengadakan persembahan baru-baru ini, Winter langsung tidak berpeluh berbanding rakan kumpulan lain yang terpaksa menggunakan kipas mini bagi menghilangkan kepanasan.
Keadaan itu mengundang pelbagai reaksi peminat yang khuatir Winter mungkin berdepan masalah kesihatan.
Malah ada yang berkongsi pengalaman sendiri berdepan situasi sama seperti Winter tetapi mengingatkan penyanyi itu bahawa perkara tersebut ada kaitan dengan masalah kesihatan.