fbpx

Manchester City enggan turut kemahuan Brighton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUCURELLA menarik minat City, namun mereka tidak mahu membayar nilai yang diminta oleh Brighton. – AFP

MANCHESTER – Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City sedia untuk melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Marc Cucurella selepas Brighton hanya bersedia mengadakan run­dingan sekiranya permintaan mereka dipenuhi.

Cucurella tidak berada dalam skuad Brighton ketika mereka turun menentang Espanyol pada aksi persahabatan selepas mengemukakan permohonan untuk me­ninggalkan pasukan itu sebelum ini.

City dikaitkan dengan perpindahan pemain itu sebelum ini dikatakan sudah mengalihkan tumpuan mereka dengan menamakan pemain Stuttgart, Borna Sosa dan pemain pertahanan Benfica, Alex Grimaldo sebagai calon baharu.

City dikatakan membuat tawaran pertama bernilai £35 juta (RM189.95 juta) dan hanya bersedia untuk menambah £5 juta (RM27.14 juta) sahaja untuk mendapatkan Cucurella, namun Brighton meletakkan nilai yang lebih tinggi ke atas pemainnya itu.

Skuad kenda­lian Pep Guardiola itu kini sedang berusaha mendapatkan seorang pemain pertahanan kiri selepas mereka melepaskan Oleksandr Zinchenko ke Arsenal menyebabkan Cucurella yang mempamerkan aksi cemerlang musim lalu menjadi pilihan pertama.

Selain Sosa, Guardiola dikatakan sedang memberikan perhatian terhadap Grimaldo, 26, yang berjaya membuat 48 penampilan bersama kelab dari Portugal itu musim lalu dan berjaya meledak enam gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI