fbpx

Majlis perkahwinan, upacara pengebumian dan acara korban sebelah-menyebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiga majlis di lokasi sama semasa sambutan hari raya haji baru-baru ini. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila ia memaparkan 3 majlis berbeza di lokasi sama iaitu acara sembelih haiwan korban, pengebumian dan perkahwinan, lapor laman berita Tribunnews  semalam.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @dmasfrmnsyah itu mencatat lebih 12 juta tontonan.

Pemilik akaun berkenaan bernama Dimas Firmansyah (19) dari Garut, Provinsi Jawa Barat menyatakan bahawa ketiga-tiga acara tersebut berlangsung pada 10 Julai lalu semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketiga-tiga acara tersebut berlangsung di Cireundeu, Desa Godog, Daerah Karangpawitan, Garut.

Pada waktu penyembelihan binatang korban, di sebelah lokasi tersebut juga terdapat acara pengebumian.

Kelihatan orang ramai berkerumun bagi menyaksikan penyembelihan haiwan korban, tiba-tiba ada jenazah yang dibawa keluar dari ambulans dan kemudian dibawa ke kubur.

Manakala di hujung jalan sama pula,  terdapat sehelai daun kuning melengkung yang menandakan ada sambutan majlis perkahwinan diadakan.

Walaupun ketiga-tiga acara itu diadakan serentak, kata Dimas, setiap acara berjalan dengan lancar.

“Ada kesedihan, gelak tawa, dan gurauan dalam satu masa. Ia satu kebetulan yang unik ,” ujar Dimas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI