fbpx

Kim Swee teruja Sabah FC bangkit benam Sang Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sabah FC meraikan kemenangan selepas membenam Melaka United 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin. – SABAH FOOTBALL CLUB

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji sikap pantang menyerah anak-anak buahnya untuk mengutip tiga mata berharga dengan menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi Liga Super kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, skuad The Rhinos bangkit daripada ke­tinggalan 0-1 dengan penyerang veteran, Amri Yahyah meledak dua gol pada penghujung babak kedua.

Kata Kim Swee, keinginan serta mentaliti juara barisan pemain telah menjadi tonik sehingga berjaya mengekalkan momentum dengan merekod kemenangan pada Liga Super untuk kali ketiga berturut-turut.

“Saya lihat pemain telah me­nunjukkan kesungguhan yang baik kerana bukan pada aksi ini sahaja, malah pada dua perlawanan liga lepas pun kita bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan.

“Pujian wajar diberikan kepada pasukan dan saya anggap ini adalah perkara positif kerana barisan pemain sudah menerapkan mentaliti juara dan pantang menyerah kalah sehingga wisel penamat ditiupkan.

“Harus diakui kita berdepan jadual padat kerana bukan mudah untuk beraksi lima perlawanan dalam tempoh 15 hari tetapi meskipun kepenatan, pemain tetap berusaha untuk mengutip tiga mata berharga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI