fbpx

Kerajaan luluskan 99 projek dengan kos RM5.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga kiri) melawat ruang pameran selepas merasmikan Persidangan Inovasi Malaysia 2022 di MITEC. - FOTO : FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan sebanyak 99 projek dan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D dan C&I) dengan kos berjumlah RM5.6 bilion bagi sektor inovasi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek dan program tersebut adalah untuk tempoh 2021 hingga 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, Malaysia perlu terus berubah dan berinovasi ke arah negara digital yang makmur dan berdaya tahan melalui pendigitalan, terima guna teknologi dan inovasi bagi mencapai pertumbuhan ekonomi mampan.

“Justeru, dalam aspek pengkomersialan sekurang-kurang 50 peratus jumlah perbelanjaan R&D perlu menjurus kepada penyelidikan pembangunan eksperimental.

“Selain itu, melahirkan lebih ramai pencipta teknologi serta usahawan teknologi tempatan bagi menjana kekayaan dan pertumbuhan ekonomi,” katanya berucap merasmikan Persidangan Inovasi Malaysia 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun 2025, peratusan perbelanjaan kasar R&D (atau GERD) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dijangka mencapai 2.5 peratus, berbanding 1.04 peratus pada tahun 2018.

“Bagi tujuan ini, sumbangan sektor swasta disasarkan mencapai 70 peratus daripada jumlah perbelanjaan R&D dengan sumber pembiayaan alternatif termasuk modal teroka, pembiayaan antarabangsa dan dana endowmen juga dipertingkatkan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI