fbpx

Jerung boleh berjalan ditemui di Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Galante menunjukkan jerung epaulette yang ditemuinya di Papua New Guinea. – Discovery Channel

PORT MORESBY, PAPUA NEW GUINEA – Penemuan sejenis  ikan jerung yang boleh berjalan di Papua New Guinea mengejutkan saintis-saintis berikutan spesies tersebut amat jarang ditemui, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Jerung epaulette atau turut dikenali sebagai Hemiscyllium Ocellatum, mempunyai kebolehan untuk bergerak di daratan. 

Haiwan itu ditemui pada 3 Mei lalu oleh seorang ahli pemuliharaan dan biologi, Forrest Galante. Dia  berkongsi mengenai penemuan tersebut dalam program  televisyen Discovery Channel baru-baru ini.

Menurut Galante, dia mengembara ke kawasan terumbu karang di Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea untuk menyiasat mengenai khabar angin bahawa terdapat  spesies baharu jerung yang boleh berjalan.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana jerung epaulettes daripada spesies Papua New Guinea dirakam sedang berjalan. Ia amat hebat,” kata Galante dalam program televisyen tersebut.

Berdasarkan video tersebut, jerung berbintik hitam dan berwarna gelap itu dilihat menggunakan siripnya untuk berjalan melintasi sebuah kolam air pasang yang mengandungi sedikit air.

Saintis-saintis percaya bahawa jerung yang ditemui di sekitar pantai selatan Papua New Guinea dan pantai utara Australia itu memiliki kebolehan untuk berjalan kerana dapat  membantunya untuk mencari makanan dalam persekitaran yang tidak boleh didiami jerung-jerung lain.

Jerung epaulette boleh membesar kira-kira 1 meter panjang dan berenang di kawasan terumbu karang cetek untuk memburu makanan seperti ketam dan sebilangan spesies invertebrata lain.

Apabila air surut, ia boleh dilihat di kolam-kolam air pasang  untuk memburu mangsanya.- Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI