fbpx

Gagak serang tujuh pelari, selamatkan anak burung helang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Faiz bersama enam rakannya menyelamatkan seekor anak burung helang daripada diserang oleh sekumpulan gagak.

PETALING JAYA – Gara-gara menyelamatkan seekor anak burung helang yang sakit, tujuh pelari berdepan detik cemas apabila dikejar dan diserang oleh sekumpulan burung gagak di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kelmarin.

Seperti yang dikongsikan di Instagram Story Manamann memaparkan aksi ketujuh-tujuh perlari itu cuba meloloskan diri daripada terus diekori oleh burung tersebut.

Menurut Abdul Rahman Nor Khair, 27, dia dan rakan-rakan yang menyertai acara KL Car Free Morning pada Ahad lalu tidak menyangka pada mulanya terjumpa seekor anak burung helang di tengah ibu kota.

Katanya, mereka telah memulakan larian sehingga sembilan kilometer (km) sebelum menjumpai burung terbabit yang terlantar sakit di kaki lima.

“Jadi kami bercadang untuk membawanya kepada veterinar dan menghantarnya kepada taman burung berdekatan.

“Selang beberapa minit kemudian, salah seorang daripada kami mula perasan bahawa kami sedang dikejar sekumpulan gagak,” katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad Faiz Wan Faisal, 26, berkata, dia beberapa kali hampir dipatuk ketika sedang menyelamatkan helang terbabit.

“Sewaktu berlari, ada anggota Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) turut menyedari aksi kami dikejar.

“Mereka menegur dan meminta kami menyimpan anak burung itu di dalam baju supaya tidak dilihat daripada gagak,” ujarnya.

Jelasnya, setelah hampir 15 minit cuba mencari tempat yang selamat, akhirnya kesemua mereka berjaya meloloskan diri di bawah sebuah jambatan.

“Kemudian, burung helang itu secara tiba-tiba kembali berupaya untuk berdiri dan telah selamat dibebaskan. Mungkin ia berada dalam ketakutan sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI