fbpx

Frank Lampard intai khidmat Michy Batshuayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BATSHUAYI gagal mendapat tempat di Chelsea sepanjang lebih enam musim bersama pasukan itu menyebabkan dia sedia mencari angin baharu. – AFP

LONDON – Everton memulakan rundingan dalam misi mereka untuk membawa penyerang Chelsea, Michy Batshuayi ke Goodison Park pada jendela perpindahan kali ini.

Batshuayi menjadi pemain yang semakin dilupakan di Stamford Bridge, malah dia juga tidak berada dalam perancangan pengurus pasukan, Thomas Tuchel sejak mengambil alih pasukan berkenaan.

Pemain antarabangsa Belgium itu menghabiskan musim lalu bersama Besiktas di Liga Turki sebagai pemain pinjaman dengan meledak 14 gol dalam 33 penampilan dan kali ini dikaitkan dengan perpindahan menyertai The Toffees.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai The Blues pada 2016 dengan nilai £35 juta (RM189.95 juta) dan sudah lima kali mening­galkan pasukan itu secara pinjaman menyebabkan dia sedang mencari pasukan yang benar-benar mahukan khidmatnya kali ini.

Biarpun memiliki baki kontrak semusim sahaja lagi, Chelsea dipercayai tidak akan melepaskan pemainnya itu pada harga yang terlalu murah sebaliknya hanya bersedia mengadakan rundingan jika nilainya menghampiri harga ketika dia dibeli sebelum ini.

Pengurus Everton, Frank Lampard sebelum ini pernah bekerja bersama Batshuayi di Chelsea menyedari bahawa pemain itu memiliki potensi, selain mereka juga terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu selepas pemergian Richarlison.

Peluang Lampard untuk mendapatkan apa yang diinginkannya agak cerah ketika Chelsea juga mahu melepaskan beberapa pemain bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI