fbpx

England muncul juara Euro Wanita 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGLAND merangkul kejuaraan Euro Wanita buat kali pertama selepas menewaskan Jerman pada aksi final awal pagi semalam. – AFP

LONDON – England melakar sejarah tersendiri apabila memenangi kejohanan utama bola sepak wanita buat julung kali­nya selepas menjulang trofi Euro 2022 menewaskan Jerman 2-1 pada perlawanan akhir di Sta­dium Wembley awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, ­Lionesses mendahului perlawanan pada minit ke-62 menerusi Ella Toone sebelum Lina Magull menyamakan kedudukan 12 minit kemudian, namun Chloe Kelly muncul sebagai wira England apabila meledak gol kemenangan pada masa tambahan.

Kapten England, Leah Williamson tidak dapat memben­dung rasa gembira dan terharu apabila menitiskan air mata selepas melihat rakan sepasukan berjuang habis-habisan sepanjang 120 minit permainan.

“Saya tidak dapat berhenti menangis kerana terlalu gembira dengan kemenangan ini. Kami sentiasa bercakap mengenai peluang untuk muncul juara dan akhirnya ia menjadi kenyataan.

“Kejayaan ini akan menjadi satu detik yang paling dibanggakan dalam hidup saya. Kemena­ngan ini juga dilihat berjaya me­nyatukan orang ramai dan bakal menjadi satu legasi terbaik,” katanya.

Sementara itu, Kelly yang me­rupakan wira Lionesses menyua­rakan rasa tidak percaya apabila jaringannya pada minit ke-110 berjaya menghadiahkan gela­ran Euro pertama buat England dalam sejarah bola sepak wanita.

“Saya sentiasa percaya pada diri sendiri, namun untuk menjaringkan gol kemenangan, ia sukar untuk dipercayai. Kemenangan ini sesuatu yang sangat hebat, saya hanya mahu meraikannya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI