fbpx

Covid-19 : 3,213 kes baharu dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 3,213 kes dengan 11 kes import semalam berbanding hanya 2,783 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kini sebanyak 4,645,334 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,847 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,602,625 orang.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,006 diikuti Selangor (865), Sabah (241), Pulau Pinang (171), Perak (224), Negeri Sembilan (153), Kedah (130), Johor (114), Melaka (90) dan Putrajaya (59).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Sarawak (52), Kelantan (42), Pahang (34), Terengganu (23), Perlis (enam) dan Labuan (tiga),” demikian data yang dikongsikan laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 10 kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,977 dan BID 7,644.

Sebanyak 43,080 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,510 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 33 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI