fbpx

City bersedia terus pertahan gelaran EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mengakui bahawa Liverpool akan terus menjadi pencabar utama City dalam perebutan gelaran musim baharu nanti. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa skuad kendaliannya sudah bersedia untuk sekali lagi memberikan cabaran kepada Liverpool dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baharu nanti.

City kecundang pada aksi Peri­sai Komuniti kelmarin apabila tewas 1-3, selepas mereka jelas berdepan isu kecergasan apabila lambat menjalani latihan pramusim dan hanya sempat mengharungi dua perlawanan persahabatan sahaja.

Bercakap selepas perlawanan itu, Guardiola mengakui beliau berharap kedua-dua pasukan dapat bersaing sekali lagi untuk merebut gelaran, sambil melaungkan keyakinan bahawa The Citizens sudah bersedia berada di puncak liga sekali lagi.

“Ia berlaku dalam dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutama apabila beberapa provokasi timbul menjadikan perlawanan kedua-dua pasukan sentiasa hangat dengan berbalas serangan.

“Saya sepenuhnya yakin bahawa situasi itu akan berulang lagi. Saya juga yakin banyak lagi pasukan mampu untuk mencapai tahap ini, mengekalkan konsisten sehingga penghujung musim seperti yang telah kami lakukan.

“Tidak ada alasan untuk saya tidak yakin mengenai perkara itu. Para pemain kamu telah me­lakukannya, bukan sahaja dalam liga, tetapi pada saingan merebut trofi dan pentas Eropah juga.

“Saya tidak pasti apa yang akan berlaku musim baharu nanti, tetapi saya mengenali para pemain saya. Saya tidak ada keraguan mengenai kemampuan mereka walaupun adakalanya kami tewas dalam perebutan pia­la,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI