fbpx

Chiku, Lojing di Gua Musang perlu kemudahan balai bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (dua dari kanan) memasang bendera pada motosikal anggota bomba selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Dua kawasan pedalaman di Gua Musang dekat sini iaitu Chiku dan Lojing memerlukan kemudahan balai bomba sebagai langkah untuk mempercepatkan tempoh bertindak (response time) semasa operasi menyelamat sekiranya berlaku kes kecemasan.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya melihat pembinaan balai di kawasan tersebut perlu bagi memastikan tempoh bertindak mencapai masa yang ditetapkan iaitu 10 minit.

Menurutnya, penduduk di dua kawasan tersebut ketika ini hanya bergantung kepada balai bomba Gua Musang dan Jeli yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.

“Jadi, pembinaan balai bomba di dua kawasan terbabit berupaya membantu mempercepatkan usaha pihak bomba untuk menyelamat ketika kecemasan termasuk semasa kebakaran,banjir dan kemalangan.

“Pembinaan dua balai itu amat diperlukan memandangkan kawasan Gua Musang juga merupakan lokasi membangun selain terdapat pelbagai aktiviti dijalankan yang turut mengundang pelbagai risiko,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Zainal turut merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan menyampaikan Jalur Gemilang kepada anggota dan pegawai JBPM. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI