fbpx

Bungkus kain buruk di kepala paip penyebab pencemaran silang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan segelintir peniaga premis makanan membungkus kepala paip dengan kain buruk boleh menyebabkan berlaku pencemaran silang.

Menerusi Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan memaklumkan, hal ini kerana kain buruk tersebut mengumpul kotoran kerana dibungkus pada kepala paip dalam masa yang lama.

“Keadaan begini kerap dilakukan di premis makanan.

“Kain buruk dibungkus pada kepala paip boleh menjadi punca pencemaran kepada air yang digunakan untuk mencuci perkakas memasak dan makanan mentah yang dibasuh,” katanya pada hantaran tersebut.

Sehubungan itu, pihak tersebut menasihati peniaga premis makanan supaya tidak melakukan kesalahan tersebut bagi mengelakkan pencemaran berlaku terhadap makanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI