fbpx

4 kampung, Hospital Baling dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau keadaan banjir di sebuah kampung di mukim Baling malam ini.

BALING – Sekurang-kurangnya empat kampung dan Hospital Baling dalam mukim Baling di sini dilanda banjir kilat akibat limpahan Sungai Ketil selepas hujan lebat selama satu jam kira-kira pukul 7 malam tadi.

Kebanyakan rumah yang dinaiki air arus deras itu terletak di tebing sungai.

Kejadian banjir berlaku selepas berlaku hujan lebat bermula pukul 6 petang tadi.

Terdapat mangsa yang terpaksa diselamatkan anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas mereka terperangkap di dalam rumah.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Dzulhaidy Khalil berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah dan Dewan Tun Abdul Razak bermula pukul 8.30 malam tadi.

“Setakat ini sebanyak sembilan keluarga ditempatkan di dua PPS tersebut dan kerja-kerja pemindahan mangsa masih dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, berlaku limpahan air dari sungai ke dalam kawasan Hospital Baling melibatkan beberapa unit kuarters, bilik persalinan dan taska.

“Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan yang mana air mula surut secara perlahan,” katanya.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan akan dijalankan pada malam ini dan esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI