fbpx

11 parti politik Indonesia daftar calon Pemilu 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Hasyim Asy'ari menyambut baik kedatangan Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) ke pejabatnya untuk mendaftar sebagai calon Pilihan Raya Umum 2024. – Liputan 6

JAKARTA – Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia memulakan pendaftaran parti politik sebagai calon Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 di pejabat KPU di Jakarta semalam, lapor laman berita Merdeka.

Secara keseluruhannya, 11 parti politik disahkan mendaftar pada hari pertama pendaftaran yang dibuka bermula pukul 8 pagi (waktu tempatan).

Parti pertama yang mendaftar ialah Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) di ikuti oleh Parti Keadilan dan Perpaduan (PKP) dan Parti Reformasi.

Parti Keadilan Sejahtera (PKS) pula membuat pendaftaran sekitar pukul 8.30 (waktu tempatan).

Empat parti mendaftar serentak pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) adalah Parti Sejahtera Rakyat Adil (PRIMA), Parti Perpaduan Indonesia (Parti Perindo), Parti Pembangunan Bersatu (PPP) dan Parti NasDem.

Parti Gelombang Rakyat Indonesia (Parti Gelora Indonesia) mendaftar pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) diikuti Parti Kebangkitan Negara (PKB).

Menurut kenyataan akhbar rasmi KPU, pendaftaran parti politik sebagai calon Pilihan Raya Umum 2024 akan diadakan selama 14 hari yang dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang (waktu tempatan). 

Pendaftaran hari terakhir pula ditutup pada pukul 12 tengah malam (waktu tempatan).

Parti politik yang mendaftar perlu memberikan pengesahan sekurang-kurangnya sehari sebelum pendaftaran kepada Sekretariat KPU. Ini bagi menjangka kepadatan kumpulan parti politik yang memasuki pejabat KPU dihadkan kepada maksimum 50 orang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI