PENYANYI jelita, Selena Gomez yang telah menginjak usia 30 tahun pada 22 Julai lalu mengakui kehidupannya baru sahaja bermula.
Kata Gomez, 30 tahun merupakan umur matang untuk wanita sepertinya menjalani kehidupan yang dewasa dan akan melalui lebih banyak perkara indah.
Pada masa sama, pelantun lagu Love You Like A Love Song itu turut meninggalkan nasihat untuk peminatnya supaya lebih menghargai masa ketika muda.
“Saya sudah menjangkau usia 30 tahun. Sekarang baru saya mahu menikmati hidup sebenar sebagai seorang wanita matang.
“Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang telah saya lalui ketika berusia 20-an.
“Banyak kenangan dan pengajaran yang telah saya lalui. Saya harap peminat saya tidak mensia-siakan usia muda anda,” katanya.
Pada masa sama, bekas kekasih kepada penyanyi Justin Bieber itu juga berasa sangat bahagia dan bersyukur saat menginjak usia 30 tahun.