fbpx

Rohana bergelar mahasiswi, ‘laoshi’ pesan jaga solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Hoi Lan (kiri) sebak selepas menitipkan pesanan kepada Rohana yang akan mengikuti pengajian peringkat diploma di UTeM baru-baru ini.

MELAKA – “Jaga solat dan jangan lupa nilai murni dalam diri.”

Itu antara pesanan yang dititipkan Chee Hoi Lan, 84, atau dipanggil ‘laoshi’ kepada anak angkatnya, Rohana Abdullah, 22, sebaik sahaja gadis itu bergelar mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Kata Hoi Lan, dia berasa sangat gembira apabila anak angkatnya yang dijaga sejak berusia dua bulan itu berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.

“Saya gembira dia menyambung pelajaran di UTeM, memang berat hati hendak berpisah tetapi demi masa depan dia saya relakan juga.

“Sebagai manusia nilai murni atau moral jangan lupa, solat semua jaga dan saya pesan supaya telefon dia (Rohana) mesti sentiasa on (hidup), boleh tanya pergi mana dan bila balik,” katanya.

Hoi Lan ditemui media selepas menemani Rohana yang merupakan antara 660 pelajar diploma daripada lima kursus ditawarkan UTeM yang mula berdaftar di Kompleks Dewan Kuliah Kampus Induk UTeM hari ini.

Sebelum ini, kisah Rohana tular di media sosial susulan dia telah dibesarkan oleh ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan selepas ditinggalkan oleh ibunya warga Indonesia.

Gadis itu bagaimanapun gagal menyambung pelajaran ke universiti kerana tidak mempunyai kad pengenalan diri. Kesulitan dihadapi dua beranak itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Rohana memberitahu, dia teruja untuk menghadiri kelas pertamanya, namun pada masa sama bimbang keadaan ibu angkatnya yang tinggal bersedirian di rumah.

Menurut pelajar Diploma Sains Komputer itu, paling lama dia berpisah dengan Hoi Lan kira-kira dua minggu sahaja bagi menyertai aktiviti persekolahan.

“Hati ini bertambah berat apabila perlu meninggalkan Laoshi untuk tempoh yang lama dan berjauhan dari Kuala Lumpur apatah lagi laoshi sudah tua dan tiada siapa yang menjaganya,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI