fbpx

Polis Thai rampas 180,000 pil methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA keselamatan memeriksa pil methamphetamine yang dirampas di tebing Sungai Mekong di Nakhon Phanom pada Sabtu lalu. - Pattanapong Sripiachai

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand merampas 180,000 pil methamphetamine yang ditinggalkan di tebing sebatang sungai dalam wilayah Nakhon Phanom pada Sabtu lalu, lapor laman berita Thaiger. 

Ketika kejadian, anggota-anggota renjer yang meronda di Sungai Mekong itu melihat sekumpulan lelaki menaiki sebuah bot panjang.

Kumpulan lelaki berkenaan mengeluarkan guni dari dalam bot dan meninggalkannya di tebing sungai sebelum melarikan diri.

Dalam guni itu, pasukan renjer menemui 180,000 pil methamphetamine bernilai kira-kira 20 juta baht (RM2.46 juta) yang diisi dalam 90 bungkusan plastik. 

Pil-pil itu dipercayai diseludup dari Thailand ke Laos dan kemudian kembali ke Thailand. 

Leftenan Polis, Wanchat Muanpuen berkata, lebih 10 tan pil methamphetamine telah dirampas di sepanjang sempadan Mekong dalam wilayah Nakhon Phanom pada tahun ini.

Berita rampasan itu disiarkan selepas Biro Pembanterasan Narkotik menyerang kartel dadah di wilayah Songkhla selatan Thai baru-baru ini. Polis merampas 631 kilogram (kg) kristal methamphetamine bernilai 600 juta baht (RM73.8 juta) dalam serbuan itu.

Mereka turut merampas tiga buah kereta dan sebidang tanah beserta rumah yang disyaki digunakan untuk mengedar dadah. Dalam serbuan yang dibuat pada 22 Jun lalu itu, sejumlah 402,000 pil methamphetamine turut dirampas.

Pada April lalu, polis Thailand menahan lebih 120,000 suspek berkaitan dadah dalam tempoh enam bulan lalu. Mereka merampas aset pengedar-pengedar dadah bernilai lebih 2.4 bilion baht (RM296.6 juta) dan merampas lebih 260 juta pil bahan haram termasuk methamphetamine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI