fbpx

Polis kesan saksi kemalangan langgar kakitangan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta Proton Waja yang dipercayai terlibat dalam kemalangan tersebut.

KLANG – Polis kini mengesan saksi berhubung kemalangan melibatkan seorang kakitangan kerajaan yang dilanggar sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Waja di Kilometer 6.3 Lebuh Raya Persekutuan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang, mangsa dikenali Mohd. Azlan Mohamed Sharif,41, parah di kepala dan patah bahu yang kini dirawat di Hospital Pantai Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Klang.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Waja.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di tengah jalan pada lorong paling kanan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai Klang. Ketika ini, mangsa dilaporkan masih belum sedarkan diri dan masih dirawat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Vijaya menambah, sehingga kini tiada saksi tampil dengan pemandu kereta tersebut tidak membuat sebarang laporan berhubung kemalangan tersebut.

Justeru, beliau memberitahu, mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI