fbpx

Penerima bantuan JKM dijangka meningkat 445,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah.

KUALA LUMPUR – Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) pada tahun ini dijangka meningkat sebanyak 445,000 dengan nilai peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Siti Zailah Yusoff berkata, pertambahan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk menggunakan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

“Berdasarkan kepada pembentangan Bajet 2022, had PGK telah ditetapkan iaitu menguna pakai nilai PGK Makanan iaitu RM1,169 sebagai kriteria asas bagi kelayakan skim bantuan kebajikan mulai 2022.

“Perubahan kenaikan PGK daripada RM908 kepada RM1,169, dianggarkan berlaku peningkatan lima peratus setahun kadar kelayakan untuk penerima bantuan, ini menjadikan jumlah penerima bantuan tahun ini dianggar meningkat sebanyak 445,000,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang bertanya adakah PGK Makanan 2019 masih relevan ketika ini berikutan pandemik Covid-19 dan inflasi.

Tambah Siti Zailah, peningkatan bantuan tersebut berlaku sebanyak RM200 juta berbanding dengan tahun sebelum ini atau melibatkan kos sebanyak RM12 bilion untuk lima tahun.

Dalam pada itu, Siti Zailah turut memaklumkan, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 telah memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin, melibatkan peruntukan sebanyak RM165.53 juta yang disalurkan sehingga Jun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI