fbpx

Nicholas Paul mula pasang impian besar di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAUL berjaya menyumbang emas pertama buat Trinidad & Tobago dalam acara basikal trek sepanjang sejarah penyertaan negara itu di Sukan Komanwel sejak 1966. – AFP

BIRMINGHAM – Pelumba basikal trek Trinidad & Tobago, Ni­cholas Paul mahu mengalih tumpuan untuk mem­buru gelaran di pentas Olimpik Paris 2024 sejurus memenangi pingat emas berbasikal pertama bagi negaranya kelmarin.

Pelumba berusia 23 tahun itu memenangi emas acara keirin di Lee Valley VeloPark di London sekali gus menjadi pingat emas sulung acara tersebut buat negaranya di temasya Sukan Komanwel sejak 1966.

Paul mengakui bahawa untuk membutirkan emas di Paris bukan satu misi yang mustahil kerana usianya yang masih muda dan sedang menuju kemuncak dalam kariernya.

“Sukan berbasikal semakin berkembang dan antara impian besar saya adalah menjadikan penduduk Trinidad & Tobago tahu bahawa sukan berbasikal trek adalah satu sukan sebenar.

“Bagi saya, tiada yang mustahil dan lagi pun saya masih muda kerana baru berusia 23 tahun. Untuk mencapai kejayaan sete­rusnya saya akan bekerja lebih keras ,” katanya.

Pingat perak menjadi milik pelumba Scotland, Jack Carlin dan pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa.

Pada aksi separuh akhir, pelumba Australia, Matthew Glaet­zer dan Joe Truman terlibat dalam kemalangan selepas terjatuh.

Truman terpaksa menerima bantuan oksigen dan dikatakan mengalami kecederaan patah tulang selangka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI