fbpx

McDonald’s di Britain larang pelanggan bawah 18 tahun masuk selepas 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LARANGAN diperkenalkan susulan beberapa pekerja yang menjadi mangsa penderaan lisan dan fizikal. - Manchester Evening News

LONDON – Sebuah restoran McDonald’s di Britain melarang pelanggan berusia bawah 18 tahun memasuki premis itu selepas pukul 5 petang (waktu tempatan) dalam usaha mengurangkan kejadian ‘tingkah laku anti-sosial’, lapor laman berita Lad Bible.

Larangan itu diperkenalkan oleh cawangan McDonald’s di Church Street, Liverpool. Gergasi makanan ringan itu menyatakan, keputusan tersebut dibuat selepas pertimbangan wajar.

Sekatan sementara itu adalah tindak balas terhadap beberapa insiden pekerjanya yang menjadi mangsa ‘penderaan lisan dan fizikal’.

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami melihat peningkatan dalam bilangan tingkah laku antisosial di kawasan itu dengan pekerja kami menjadi mangsa penderaan lisan dan fizikal.

“Kami mempunyai dasar toleransi sifar membabitkan jenayah dan tingkah laku antisosial. Justeru pihak kami mengehadkan sementara akses restoran kepada pelanggan bawah usia 18 tahun bermula pukul 5 petang.

“Keputusan ini tidak dipandang ringan dan kami bekerjasama rapat dengan polis untuk mencari penyelesaian bagi membantu mengurangkan insiden tersebut,” kata seorang jurucakap McDonald’s.

Larangan itu sudah dilaksanakan di restoran itu dengan seorang pelanggan berkata, dia melihat seseorang tidak dibenarkan masuk.

“Ketika saya keluar, pengawal keselamatan menahan seorang lelaki yang dipercayai remaja dan memberitahunya bahawa pihak pengurusan tidak membenarkan pelanggan bawah 18 tahun masuk selepas pukul 5 petang tanpa ditemani orang dewasa.

“Lelaki itu memberitahu dia sudah berusia dalam lingkungan 20-an jadi pengawal keselamatan itu meminta maaf,” katanya kepada akhbar Liverpool Echo. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI