fbpx

Liga Super : TFC akur diikat PJ City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaga gol PJ City Kalimullah cemerlang menghalang asakan pemain TFC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) terus kemarau kemenangan apabila terikat tanpa jaringan dengan PJ City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, satu mata diperolehi itu berharga membawa skuad Sang Penyu melonjak ke tangga lima Liga Super susulan kekalahan Kedah Darul Aman dan KL City FC kepada lawan masing-masing.

Babak pertama dikuasai TFC yang mula mencemaskan kubu pelawat menerusi Kipre Tchetche namun kapten pasukan itu mensia-siakan hantaran Azarul Nazarith Azhar dari sebelah kanan pada minit ke-13.

Peluang terbaik TFC menjelma lagi pada minit ke-33 namun rembatan Tchetche ditepis Kalamullah Al-Hafiz sebelum tolakan Faisal Abdul Halim pula melambung tinggi walau pun bekas penjaga gol negara itu sudah tertewas.

Kalamullah kemudian terus cemerlang menafikan percubaan Petrus Shitembi (m-32) dan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim (m-37) untuk membawa kedudukan terikat 0-0 ke bilik persalinan.

TFC mengekalkan rentak agresif selepas rehat malangnya deretan peluang menerusi Shitembi pada minit ke-56 dan Tchetche pada minit ke-62 juga berjaya diselamatkan Kalamullah.

Keghairahan TFC hampir diperangkap serangan balas PJ City melalui Darren Lok yang menggelecek berjaya penjaga gol mujur tolakan pemain itu sekadar menggegar jaring tepi pada minit ke-63.

Malam serba tidak menjadi buat TFC setelah tandukan Manuel Ott dan gerakan Mohd. Syafik Ismail di hujung permainan dihalang Kalamullah untuk kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI